Sweet Owner Welcome to my blog! Shut your mouth off and enjoy my blog Rotten Lyrics! Lyrical Time Stepfoots! Credits!
| Masa Itu Emas! Assalamualaikum! Salam jumaat :D Rasanya dah lama gila aku tak update blog aku ni. Dah bersawang dah blog aku. Normal lah kan, aku kan budak sekolah. Mesti sibuk dengan homework je. Lagi pun, cikgu dah start buat kelas tambahan untuk budak budak PMR ni. Aku ni dah lah malas, tapi still kena pergi. Eh, kalau tak pergi, naya je aku kena tadah telinga, kena bebel dengan mak kesayangan aku tu. Hihi. Aku rasa masa ni kejap je berlalu. Ye, dulu waktu nak UPSR, aku kata lambat lagi nak besar. Lambat lagi nak PMR. Tapi, sekarang ni? Lagi beberapa bulan je kot nak PMR. Serius aku cakap, mungkin aku belum bersedia lagi. Hmm. Orang kata PMR ni tentukan aliran untuk Tingkatan 4 nanti kan? Tapi, PMR sekali je dalam hidup. Aku pulak mangsa kekejaman PMR yang terakhir. Haha. Oleh sebab tu aku nak manfaatkan masa yang ada ni. "Masa itu adalah emas" Perumpamaan yang sudah lama kita dengar, dan tentu sekali kita sudah pun tahu apakah maksudnya? Masa sentiasa bergerak ke hadapan. Berjalan dan terus berjalan tanpa menunggu kita.Walau dalam bentuk apa sekali pun kepayahan dan keperitan hidup,hidup perlu diteruskan. "Setiap saat adalah peluang" Setiap saat yang diberi untuk kita, sebenarnya, ia adalah peluang. Tetapi peluang untuk apa? Peluang untuk menghargai masa yang masih ada dalam membekalkan diri untuk ke destinasi yang kekal selamanya.
"Ya
Rahman Ya Rahim.. permudahkanlah langkah kami agar sentiasa ingin dekat
denganMu. Berikanlah kami kekuatan dan kesihatan untuk sentiasa sujud
kepadaMu.. Agar terdidik hati ini untuk sentiasa bersyukur dengan limpah
RahmatMu. Jadikanlah jiwa ini sentiasa rindu dengan sentuhan kasih
sayangMu. Jadikanlah lidah kami lembut dan tiada jemu menyebut namaMu
malah rasa terhibur dengan membaca alunan kalamMu."
"Ya
Allahu Ya Kareem.. Istiqamahkanlah setiap apa yang telah kami
persembahkan... Engkau redhailah setiap apa yang telah kami lakukan..
Ampunilah segala dosa yang telah kami perbuatkan serta masukkanlah kami
di kalangan mereka yang Engkau Rahmati dan Redhai.. Sungguh tiada daya
kami melainkan Engkau yang Maha Pengampun jua Maha Pengasih."Amin.
P/S : Insyaallah. Aku takkan hampakan harapan mak bapak aku . |